Thursday 7 December 2017

CC MTB CHALLENGE 2018 


Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) sekali lagi akan mengadakan acara  basikal sukan lasak yang dikenali sebagai CC Mountain Bike Challenge 2018.  Program ini merupakan anjuran tahun ke enam dalam acara sukan basikal lasak.  

Matlamat penganjuran ini bertujuan untuk menjadikan kolej komuniti sebagai salah satu penganjur sukan berbasikal yang dikenali dan disegani. Selain dapat memupuk semangat kesukanan, program ini juga diharap dapat menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan cergas di kalangan warga Kolej Komuniti, komuniti setempat dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.  

Program ini akan dimulai dengan pendaftaran peserta sehari sebelum hari pertandingan.  Peserta akan berkumpul di garisan permulaan seawal jam 6.00 pagi sebelum pertandingan dimulakan pada jam 8.00 pagi.  Peserta akan menempuh perjalanan sejauh 30-40 km melalui jalan "off-road" an "on-road" dan berakhir di perkarangan Kolej Komuniti Hulu Selangor.

KURSUS PENGENDALIAN BASIKAL LASAK Pada tahun ini, bersempena dengan penganjuran CC MTB Challenge 2018 Kolej Komuniti Hulu Selangor akan...